Tuesday, November 24, 2009

Hadis Khalwat [1]

Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda

Apabila seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita, maka yang ketiga di antara mereka adalah syaitan.
Riwayat Tirmizi

Thursday, November 12, 2009

Tanda Tuhan Murka

Di antara cara Tuhan murka pada seseorang
hamba ialah


Apabila dia membuat amalan ibadah atau kebajikan, dia memandang besar dengan ibadah dan serta kebajikannya. Apabila membuat dosa dan kesalahan, dia memandang kecil sahaja bahkan dilupakan.

Ia merasakan ibadah dan kebajikannya boleh menghapus atau menutup dosa-dosanya. Kerana banyak ibadah yang dibuat, dia terasa aman dan tenang dengan Tuhannya. Bahkan rasa senang dan tenang dengan amal ibadah dan kebajikan yang dibuatnya.

Takut dengan Tuhan sudah tidak ada, dia merasakan Tuhan sudah redha. Dia yakin dia akan selamat dengan ibadah dan kebajikan yang dibuatnya.

Apabila Tuhan bertambah murka dengan amal ibadah dan kebajikan yang dibuatnya, datang pula rasa ujub dan riak. Kemudian timbul pula sumaah dan sombong dengan amal ibadahnya. Jika dia tidak sedar juga Tuhan tambah lagi kemurkaannya dengan cara dia memandang orang yang kurang ibadah dengan pandangan hina.

Dia mula mengata dan mengumpat orang lain. Kejahatan orang lain dia nampak, kejahatan diri sendiri semakin tidak nampak. Dia pun terus mengerjakan ibadah dan kebajikan di atas sifat-sifat yang disebutkan tadi hinggalah ke akhir hayat umurnya dia pun mati di atas sikapnya yang diceritakan tadi.

Maka dia pun mati di dalam suul Khatimah. Mati di dalam kemurkaan Allah bersama-sama amal ibadahnya. Maka dia pun masuk Neraka dengan penuh terkejut, wal iyazubillah
Mursyid