Saturday, March 6, 2010

Hadis Aib [1]

Bacalah hadis dari Rasulullah SAW yang melarang menyebarkan aib sesiapapun termasuk diri sendiri. Baginda bersabda—

Seluruh umatku akan dimaafkan kecuali orang yang terang-terangan dalam dosa. Termasuk terang-terangan dalam dosa ialah seorang hamba yang melakukan dosa di malam hari, lalu Allah menutupnya ketika pagi, namun ia berkata — Wahai Fulan, tadi malam aku telah melakukan perbuatan begini dan begini!
Riwayat Muslim

Hadis Malu

Rasulullah S.A.W. bersabda yang
bermaksud —


Jika kamu tidak malu, buatlah
sesuka hatimu
.
Riwayat Bukhari

Tuesday, November 24, 2009

Hadis Khalwat [1]

Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda

Apabila seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita, maka yang ketiga di antara mereka adalah syaitan.
Riwayat Tirmizi

Thursday, November 12, 2009

Tanda Tuhan Murka

Di antara cara Tuhan murka pada seseorang
hamba ialah


Apabila dia membuat amalan ibadah atau kebajikan, dia memandang besar dengan ibadah dan serta kebajikannya. Apabila membuat dosa dan kesalahan, dia memandang kecil sahaja bahkan dilupakan.

Ia merasakan ibadah dan kebajikannya boleh menghapus atau menutup dosa-dosanya. Kerana banyak ibadah yang dibuat, dia terasa aman dan tenang dengan Tuhannya. Bahkan rasa senang dan tenang dengan amal ibadah dan kebajikan yang dibuatnya.

Takut dengan Tuhan sudah tidak ada, dia merasakan Tuhan sudah redha. Dia yakin dia akan selamat dengan ibadah dan kebajikan yang dibuatnya.

Apabila Tuhan bertambah murka dengan amal ibadah dan kebajikan yang dibuatnya, datang pula rasa ujub dan riak. Kemudian timbul pula sumaah dan sombong dengan amal ibadahnya. Jika dia tidak sedar juga Tuhan tambah lagi kemurkaannya dengan cara dia memandang orang yang kurang ibadah dengan pandangan hina.

Dia mula mengata dan mengumpat orang lain. Kejahatan orang lain dia nampak, kejahatan diri sendiri semakin tidak nampak. Dia pun terus mengerjakan ibadah dan kebajikan di atas sifat-sifat yang disebutkan tadi hinggalah ke akhir hayat umurnya dia pun mati di atas sikapnya yang diceritakan tadi.

Maka dia pun mati di dalam suul Khatimah. Mati di dalam kemurkaan Allah bersama-sama amal ibadahnya. Maka dia pun masuk Neraka dengan penuh terkejut, wal iyazubillah
Mursyid

Wednesday, October 28, 2009

Isteri [1]

Pada suatu hari, Asma Bt. Abu Bakar berkata—
Aku telah melayani Zubair, suamiku dalam segala urusan rumahtangganya. Aku telah mengurusi kudanya dan memerah susu untuknya serta mengembalakannya, mengambilkan airnya dan memikul kurma.
Asma Abu Bakar

Hadis Zina [2]

Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka mencium bau harumnya, maka ia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
Riwayat Ahmad, Thabrani & Hakim

Al-Quran [Taha : 124]

Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit
Taha : 124

Hadis Isteri [1]

Apabila lari seorang wanita dari rumah suamiya, tidak diterima solatnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf).
Riwayat Hassan

Hadis Zina [1]

Abdullah B. Umar memberitakan bahawa Rasulullah SAW bersabda—

Allah telah mengirakan berlakunya suatu bentuk perzinaan di kalangan anak adam, di mana yang demikian tidaklah mungkin kedua mata itu berzina, tetapi keduanya berzina menerusi penglihatan, kedua telinga itu berzina dengan mendengar, lidah berzina menerusi percakapan, dua tangan juga berzina dengan cara bertindak sewenang-wenangnya, dua kaki berzina dengan cara melangkah berjalan, mulut berzina dengan cara mengucup dan hati berzina menerusi keinginan dan cita-cita, maka kemaluan membenar atau mendustakannya.
—Riwayat Bukhari dan Muslim

Pandangan [1]

Pada suatu hari, Ali Bin Abi Talib RA bertanya
kepada Fatimah


"Apakah yang paling baik bagi seorang wanita?"


"Hendaklah mereka tidak memandang kepada lelaki dan lelaki tidak memandang kepada mereka."
Fatimah