Wednesday, October 28, 2009

Hadis Zina [1]

Abdullah B. Umar memberitakan bahawa Rasulullah SAW bersabda—

Allah telah mengirakan berlakunya suatu bentuk perzinaan di kalangan anak adam, di mana yang demikian tidaklah mungkin kedua mata itu berzina, tetapi keduanya berzina menerusi penglihatan, kedua telinga itu berzina dengan mendengar, lidah berzina menerusi percakapan, dua tangan juga berzina dengan cara bertindak sewenang-wenangnya, dua kaki berzina dengan cara melangkah berjalan, mulut berzina dengan cara mengucup dan hati berzina menerusi keinginan dan cita-cita, maka kemaluan membenar atau mendustakannya.
—Riwayat Bukhari dan Muslim

14 comments:

  1. buyong ape?? said...
    bermuka2....
    mngluarkan hadis dr kitab x bguru...
    anggap diri suci...
    smuanya salah pndampingmu...
    itulah anggapanmu...
    itulah munggg.....

    ~Awwaluddin ma'rifatuLlah....
    apa yg kau tahu....
    prut yg mmbncit dari kerakusan istidraj...
    apa betul kamu suci??
    tuan guru mana yang engkau telah tandingi...
    mahupun brguru dngannya...

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera atasmu,
    buyong ape?

    Hairan pula membaca komenmu ini. Itu adalah hadis yang saya petik dalam
    sebuah buku. Kenapa kau pula yang
    kepanasan,emosi berlebihan.

    Barangkali Allah SWT hendak
    tunjukkan sesuatu!

    ReplyDelete
  3. saudaraku seagama....yon2..
    saat mata dunia memahamimu...
    namun aku yg agak lantang bsuara...
    trima kasihlah kpd ku..
    dan kpd Allah, kerna...
    masih lagi dikurnia ramai yg cakna kpd mu...

    'al-haqqul haq , walbatila-batila'

    {Mereka sangat zalim, tetapi mereka terus mewah dengan kemewahan yang luar biasa.

    Mereka sangat menindas, tetapi mereka terus gembira dengan kegembiraan yang luar biasa.

    Mereka sangat berdusta, tetapi mereka terus diangkat dan disokong dengan sokongan yang luar biasa.

    Mereka sangat sombong, tetapi mereka terus dikasihi dengan sepenuh hati dengan kasih yang luar biasa.

    Kezaliman, penindasan, pendustaan dan kesombongan mereka mendungukan manusia.

    Marhaen jadi dungu, ilmuan jadi dungu, sarjana jadi dungu, manhaji jadi dungu. Sesiapa sahaja yang menyentuhnya beransur dungu. Kezaliman yang luar biasa, mencetuskan kedunguan yang luar biasa. Kezaliman yang dibalas istidraj oleh Dia.}

    tahulah kamu siapa 'MEREKA'.....

    'fazakkir fainnazzikra...
    'tanfa'ul MU'MININ....

    ReplyDelete
  4. salam sejahteras atasmu,
    Buyong

    Semoga Allah mengampunkan kamu. Saya tidak tahu apa masalah kamu sehingga kamu tersinggung dengan hadis di atas.

    Kalau saya bersalah kepada kamu, saya meminta
    maaf, dari hujung rambut sampai hujung kaki.
    Kalau saya berdosa, kepada Allah saya memohon
    ampun. Dan Dia sesungguhnya, maha Pengampun.

    Adapun apa yang kamu tulis ini di sini, jika ternyata fitnah yang dilemparkan, maka saya
    wajib mempertahan dan membersihkan.

    Tetapi bagi kamu Buyong, cukuplah hadis-hadis Nabi sebagai peringatan jika kamu benar-benar
    mahu berfikir dan bermuhasabah.

    Jangan seperti kata Hamka, di awak saja benar, di orang sentiasa salah. Cuba tilik diri sendiri, kalau berlaku apa-apa di mana salah dan silapnya. Kalau suami marah kepada isteri, mestilah ada sebabnya. Takkan dia nak marah begitu saja. Suami pun ada salah, tetapi sebagai isteri yang baik, kita tilik diri sendiri di mana salah dan silapnya.

    Barangkali, kita selama ini acuh tak acuh saja melayan dia. Senyum pun jarang-jarang. Kalau balik kerja, anak-anak saja yang sambut, isteri leka dengan nota dan lain-lainnya.

    Barangkali, selama ini kita memang banyak tersalah tafsir perkataan dan perbuatannya. Sedangkan kamu mengetahui, suamimu apa yang disebut itu, itulah.

    Barangkali, kita ingat kita saja yang beribadah kepada Allah, bangun malam dan baca Quran, dan suami kita tidak. Cuba Buyong ingat-ingatkan satu kisah ini, di mana ada seorang perempuan di zaman Rasulullah SAW yang kuat ibadahnya, tetapi buruk akhlaknya, tak dapat masuk syurga lantaran akhlaknya.

    Sekali menyebut nama Allah dengan disertai dengan kekuatan hati adalah lebih baik, daripada menyebut nama-Nya seribu kali tetapi lalai atau tanpa kekuatan hati.

    Saya memohon maaf kepadamu Buyong, kalau ada tersalah dan terkasar bahasa. Adapun saya, telah memaafkan kamu di sini. Moga kita sama-sama beroleh keampunan-Nya, sebab seperti
    kata-katamu di atas, kita adalah saudara seagama.

    Tiadalah yang lebih besar dan muliah, daripada memberi maaf.

    ReplyDelete
  5. Ayahmu pernah berkata padaku, kau adalah anak yang ayah boleh kata, tapi tak nak sebut .. derhaka. Sebab? Kau rasa kau saja yang betul. Selama ni, aku buta, tapi sekarang ternyatalah benar apa yang ayahmu sendiri sebutkan itu..

    ReplyDelete
  6. Kalau cakap dengan TimurLane, semua orang akan kalah..hebat.. hebat..... padahal semua orang dah membenci. Dulu, hanya isterinya yang di sisi.. sekarang setelah si isteri sedar diri, tinggallah dia seorang diri.

    ReplyDelete
  7. salam Kembara,

    Sekarang kau berdalilkan ayahku, sedangkan
    kau lebih tahu ayahku bagaimana.

    ReplyDelete
  8. Dan cukuplah, hadis di atas sebagai
    peringatan kepadamu!

    Soalan untuk muhasabah -
    1. Pernahkah kamu bermain sms dengan lelaki ajnabi selain suamimu.

    2. Pernahkah kamu memandang-mandang lelaki ajnabi selain suamimu, dengan hatimu.

    3. Dan membayang-bayang dan memikirkannya.

    Cukuplah ini sebagai peringatan kepadamu,
    maka kalau ada bertaubatlah, dan
    mohonlah maaf dengan suamimu
    dengan sepenuh hati!

    ReplyDelete
  9. Katamu, semua orang dah membenci - itu adalah anggapanmu. Dan salah anggapanmu itu. Mana kau tahu, semua orang, semua orang membenci.
    Dan itulah buktinya, kau selalu membuat
    anggapan.

    Padahal, hubunganku baik-baik saja dengan
    adik dan keluargaku. Jiran-jiran, apahal
    pula mereka mahu membenciku, aku tidak
    pernah kacau mereka. Pak sedara, mak
    sedara, baik-baik saja.

    Dan kalaupun ada mereka membenciku,
    aku tidak membenci pun mereka.
    Tak luak, dan tak apa-apa.

    ReplyDelete
  10. itu kata hatimu yang buta menafsir.hablumminannas kau dgn jiran tetangga dan mak saudara kau di depan tangga tak kau bertegur sapa,mereka semua tak rasa pun kau anak sedare.ingat walau pn kau sembahyang, pakai serban sebesar busut pun belum tentu kau baik di sisi allah, pasti kau di tanya di pengadilan allah .memang kau muka bebal tak hormati hak kau sebagai jiran.ia bukan lagi anggapan tapi kenyataan,kau yang pejam mata.aku sedaramu masakan aku tak tahu. aku kenal kau dari kecil2lagi.kata kau je yang betul sebab tu la isterimu lari setelah 8 tahun menghambakan diri. kau layan dia macam hamba abdi yang manusia zaman sekarang tak buat gitu.anak2 kau bagai orang kelaparan, apa tidaknye bapak makan sebelah ayam tapi anak dan isteri dibahagi bahagikan. uh tak jumpe bapak macam ni.sepatutnye bapak berkorban apa saje harta mau pun nyawa, itulah lambang kasih sayang.sayang... sungguh sayang..kau telah kehilangan permata yang amat berharga.aku rasa kau tak mungkin jumpe lagi seperti isteri mu yang warak dan sangat menjaga akhlak itu.aku tabik melihat seorang muslimah seperti isterimu. 10 buah kampung tak jumpe sepertinye.aku agak2 kau jadi gile bayang lepas ni.kau kan tahu langit tu tinggi rendah.ada juga orang yang keje krajaan macam ni. aku ingatkan orang asli je gitu..insaf lah, jangan lagi berselindung dalam kepongpong jumud mu.

    ReplyDelete
  11. rupenye kau belum kenal lagi siapa isterimu.sungguh pelik..amat pelik.kau kene belajar ilmu rumah tangga dulu sepatutnye sebelum kawin.itu isterimu yang solehah, kalu yang tok solehah dah main pintu belakang lantaran suami yang tak hiraukan makanan batin . berdosa tu...orang keje kau pun keje. orang lain balik kul 6 tp kau balik kul 10 dan kadang kalanye kul 12 malam. keje ape tu?kalau lambat buke pintu kau jerkah macam la isteri kau tu orang suruhan.dah la balik malam,tak pedulikan perasaan isteri. aku agak kau ni hati kering bagai dedaunan yang tak punye maruah yang hanya layak di pijak2 orang yang lalu lalang je.

    ReplyDelete
  12. salam Buyong,

    Buyong, Buyong ... kau siapa, mengaku saudara
    aku. Wah ... kenal pula aku sejak kecil. Mak saudara aku, tak duduk depan tangga rumah aku ya. Bila pula isteri aku jadi hamba, sejak 8 tahun, jangan nak memfitnah aku la Buyong.

    Kalau kau betul saudara aku, yang kata
    kenal sejak kecil, jemputlah ke rumah
    aku - biar aku pula yang bercerita.

    Kalau nak kutuk-kutuk pun, biar dengar
    dari dua belah pihak.

    Anak-anak aku kelaparan? Oit Buyong, kenapa
    anak aku kelaparan. Siapa yang duduk di rumah,
    kalau bukan isteri aku. Siapa yang memasak untuk anak-anak aku di rumah. Tanya ibu mereka, rajin tak buat kuih, rajin tak buat air untuk mereka. Koko HPA, aku beli tak luakpun. Kadang-kadang, aku yang buatkan air
    koko untuk mereka.

    Kadang-kadang, aku balik siap belikan makanan petang untuk mereka, lompat tikam, bubur kacang dan lain-lain. Tapi biasa juga tak habis, simpan dalam peti. Tetapi esok lusa kena buang. Sebab, ibunya tak suapkan atau terlupa nak beri mereka makan.

    Oit Buyong, anak kami siap makan setalam lagi, ibu dia letak nasi setambun, penuh lauk. Kadang-kadang tak habis budak-budak tu tak ada selera, apa sebab. Kata Nabil, lu fikir la sendiri.

    Oit Buyong, aku balik kadang aku makan ayam
    goreng HPA saja. Jarang makan nasi. Yang makan
    nasi, anak-anak aku dan isteri aku. Siapa
    yang bubuh lauk dan nasi, kalau tak isteri
    aku. Haha, kelakar la kau Buyong. Besarnya nafsu aku nak makan sebelah ayam. Kalau kata
    ketul boleh tahan juga.

    Aku layan isteri aku macam hamba abdi? Oit Buyong, cuba kau beritahu apa yang macam
    hamba abdi tu. Kalau suruh picit kaki, kata
    macam hamba abdi, kau pergi belajar sekolah
    dulu la. Kalau kerja-kerja rumah, itulah
    tugasnya sebagai surirumah. Buat dapat pahala, besar kebajikannya.

    Buyong, Buyong, kau tahu tak, isteri aku antara surirumah yang ada blog. Komputer ada di rumah, ada Celcom Broadband lagi. Lepas tu, siap buat tuisyen kat rumah. Hamba abdi kau kata?

    Hmm .. isteri yang solehah, tak ada la pula
    nak lari dari rumah. Tak ada la pula nak
    ungkit segala cerita, di sini pula. Isteri
    yang solehah, tahu bersyukur.

    ReplyDelete
  13. Buyong, Buyong .. makanan batin itu masalah
    dalam kelambu, masalah dalam bilik tidur aku dan isteri aku. Bodoh yang amat kalau aku
    cerita kat sini. Boleh pula, dia cerita kat
    kau ya. O ya Buyong, untuk informasi kau, tapi kau dah tahu - aku ada empat orang anak
    lelaki dengan isteri aku.

    Oit Buyong, aku balik kerja awal atau lambat,
    aku ada alasan, ada kerjalah. Biasalah seorang
    lelaki, balik lambat kerja. Aku bukan mat skima la Buyong.

    Buyong, biar aku beritahu sebab lain kenapa
    aku balik lambat. Sebab, isteri aku buat tuisyen kat rumah pukul 8.00 malam sampai
    lebih kurang pukul 10.00 malam atau 9.45 malam, begitu. Biar aku cerita kat kau Buyong
    ya, dan boleh ingatkan isteri aku sekali.

    Tuisyen tu, kami nak buat petang dan untuk
    pelajar perempuan saja. Tapi budak-budak tu
    tak boleh pula waktu petang. Jadi, mereka
    nak buat waktu malam. Dan isteri aku beritahu
    masalah ini. Kalau ikut aku, apahal pula nak
    buat waktu malam. Sebab waktu malam adalah
    masa aku dengan isteri aku. Tetapi disebabkan
    nak jadikan juga tuisyen tu kenyataan, agar isteri aku dapat kerja dari rumah, dengan berat hati, aku benarkanlah tuisyen malam, dengan alasan - aku boleh balik lambat,
    sementara isteri aku mengajar sampai pukul 10.

    Oit tapi Buyong, bukan tiap-tiap malam aku
    balik lambat. Kalau aku balik awal, isteri aku
    mengajar, aku termenung bodoh sorang-sorang dalam bilik, kadang-kadang sampailah terlelap.

    O ya Buyong, tuisyen tu kita buka juga pada
    pelajar lelaki, sebab tak cukup orang. Dan aku
    dengan berat hati terpaksa menerima. Dan barangkali, itu sebenarnya telah membuka pintu fitnah. Buyong, cuba kau minta isteri aku jawab soalan muhasabah untuk dia di atas tu.

    Buyong, Buyong ...

    ReplyDelete
  14. O ya satu lagi Buyong. Kalau aku balik
    lambat, apahal pula aku nak jerkah-jerkah.
    Mana kau dapat cerita. Oit Buyong, ini zaman
    ICT la. Kalau aku balik lambat, aku telefon saja, suruh dia buka pintu. Kalau dia tak buka juga, sebab dah tidur, aku ketuk la pintu.

    Untuk informasi kau Buyong, pintu depan rumah aku dengan bilik tidur utama kami jauh. Jadi, kalau aku ketuk macam biasa, memang tak dengar. Jadi, kena ketuk kuat-kuat, baru dengar. Bukan jerkah-jerkah la Buyong.

    Kalau aku marahpun, rupa-rupanya dia tak
    dengar atau tak jawab HP, sebab dia sibuk
    dengan komputer. Orait Buyong, dah la kau,
    jangan jadi batu api dan jaga dalam kain
    orang. Jaga rumahtangga kau dulu. Jaga aurat
    kau baik-baik, jaga perkataan kau baik-baik.

    O ya Buyong, aku dengan Pak Sedara aku selalu
    terserempak, naik motor dan tengah basuh kereta. Kami saling bertegur sapa dan mengangkat tangan. Ada juga aku belanja Pak Sedara aku, minum kopi. Rumah mereka, ada juga pergi tapi jarang-jarang la. Tak tahu pula ya bila aku tak bertegur sapa dengan mereka, atas alasan dan sebab apa. Kalau suami sepupu aku, hari-hari bertegur sapa waktu nak pergi kerja. Alahai kau Buyong, kau ingat kau tahu, rupanya banyak yang kau tak tahu. Biasalah, kita tahu yang kita nampak dan diberitahu. Kita tak tahu, yang kita tak
    nampak dan tak diberitahu. Fikirlah Buyong.

    Semoga Allah mengampunkan kamu.

    ReplyDelete