Saturday, March 6, 2010

Hadis Malu

Rasulullah S.A.W. bersabda yang
bermaksud —


Jika kamu tidak malu, buatlah
sesuka hatimu
.
Riwayat Bukhari

21 comments:

  1. Kalau kamu tidak malu, pinjamlah kereta orang sana sini untuk dibawa anak-anak berjalan-jalan.Ayah Rabi'atul Adawiyah, rela menyelimutkan anaknya yang baru lahir dengan secebis kain buruk kerana malu meminta-minta dari orang. Seorang wanita yang dianiaya suaminya, rela berjalan kaki mengusung kotak berkilo-kilo ke pejabat pos, usung beras di panah terik mentari, angkat gas dsbg semata-mata kerana malu nak menyusahkan jiran tetangga, nak menumpang kereta orang walaupun boleh sebenarnya. Lebih baik melalui jalan susah dari menyusahkan orang. Ada orang, sampai-sampai saja rumah mertua, tanpa segan silu dan malu-malu, disuruhnya mertua mengangkat barang-barang dalam bonet kereta ke dalam rumah. Padahal bila mertua datang ke rumahnya, tidak pula dia mengangkat barang-barang si mertua. Sampai saja rumah orang, ditonton tv macam budak-budak tanpa rasa malu ssekek pun.Orang yang menulis ini, menulis tanpa rasa malu pada diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. Demikianlah pandangan kamu bila hati perutmu busuk. Benarlah sabda Rasulullah SAW, kalau tidak malu, tulislah apa saja semaumu!

    Siapa yang suruh kamu ke pejabat pos pikul kotak. Kamu sendiri yang cari susah. Disuruh bersabar, tidak mahu. Sendiri buat, salahkan orang.

    Siapa yang suruh ayahmu angkat barang. Siapa pula yang sampai terus tonton TV. Sungguh kamu suka membuat fitnah. Semoga Allah membalasmu.

    Sungguh, kamu

    ReplyDelete
  3. Eleh kain buruk. Kalau aku pakaikan anak aku kain buruk, nescaya kau akan ungkitkannya satu hari nanti, sebagaimana yang sudah berlaku ini. Cakap banyak, buat tak - kata hakim tempohari.

    Kereta lama dan rumah ini pun jadi ungkitan, kain buruk konon!

    Sombong yang amat, sedarlah!

    ReplyDelete
  4. O ya kenapa tak komen hadis di bawah ni.

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya hakim sindir awaklah... awak pandai cakap kena utamakan hak anak-anak kalau dalam proses penceraian tapi awak sendiri yang halang pertukaran sekolah anak sampai anak tak sekolah. Tak sedar disindir.. tanda orang yang merasa dirinya baik. sampai ayahmu menjual cerita saya ke mana-mana di seluruh paka. bukan saya tak tahu.. sebarkanlah fitnah wahai pak ayub..orang yang menyebarkan fitnah bersama syaitan!

    ReplyDelete
  6. Inilah masalahnya. Dia yang larikan anak dari sekolah nak tuduh kita halang anak dari sekolah. Siapa yang bawa lari anak dari sekolah dengan alasan datuknya meninggal. Sebulan lagi anak tu nak periksa. Paku dulang paku serpih, dia yang buat hal, kata kita yang halang pula, alahai. Hakim tu kata kat awak, sebab awak lari dari rumah.

    Mana ada proses cerai lagi, alahai. Awak tu masih isteri saya, dan saya suruh awak kembali taat melalui mahkamah. Inilah akibatnya dihijab Allah sampai tak nak nampak perkara sebenar.

    Sekarang, nak kata ayah aku pula. Siapa yang buat dan buka cerita pada mak sedara aku di Paka, di Besut, jiran kat sini dan budak lelaki tu,siap nangis lagi! Kalau aku buka cerita sebenar, jumpa mak bapak dia baru kau tahu!

    Awak juga cerita pada sepupu aku yang mulut murai tu ya, sampai habis dijajanya ke mana-mana, ingat aku tak tahu ke. Itulah spy yang ayah awak cakap kot.

    Nasib baik la awak ya, sebab aku masih simpan rahsia curang awak tu. Ayah dan keluarga aku masih tak tahu, hanya adik aku seorang saja yang tahu sebab bukan fail pakai kad kredit dia! Jadi jangan nak tuduh ayah aku di sini.

    Dan jangan suka-suka nak fitnah orang, dan buka aib orang. Ingat ya, apa hukum membuka aib suami sendiri. Ingat ya, apa jadi pada ibadah dan solat, isteri yang lari dari rumah. Tanyalah ustaz dan ustazah di sana tu. Jangan buat pandai sendiri!

    ReplyDelete
  7. Sekarang ni, saya dalam proses penceraian yang serius. Saya dah mufarakah dari perkahwinan ni. Saya dah tak dapat terima awak lagi sebagai suami. Silakan.. bagitahulah mak ayah budak tu.. Silakanlah.. saya tak takut pun. Ceritalah kat budak tu sekali tapi janganlah plak ambik sekerat-sekerat macam yang dalam mahkamah hari tu. Kisahnya dah tak sesedap yang saya tulis. Tak laku cerita ubahsuai awak tu. Hehe. marah nampak. Nanti cepat tua. Takde orang nak lagi. Saya memang nak bercerai dengan awak. Memang dah dalam proses penceraian secara takliq.
    Saya curang?? Ada bukti ke? Nak jatuh talak cara li'an ke? Boleh juga saya report mahkamah tuduhan awak ni. Tentu jatuh talak. INsya Allah..

    ReplyDelete
  8. Ibarat meludah ke langit. Buktinya adalah segala tulisanmu!

    Memang kau tak takut, sebab dah tak ada sifat malu lagi bagimu, malangnya.

    ReplyDelete
  9. Saya bukan lari dari rumah gitu saja. Saya dah bagitahu saya nak balik besut pada hari awak tawarkan cerai dan cabar saya tuntut fasakh. ada lagi dalam rakaman suara yang saya simpan. awak tawar cerai dan cabar saya tuntut fasakh pun saya rakam. awak ngaku awak jahat pun saya rakam..

    ReplyDelete
  10. Cukuplah tulisanmu itu, tak payah nak edit lagi. Memang sesedap rasa bagi seorang isteri yang curang dengan suaminya.

    Nak tutup rahsia sendiri, tapi memburukkan suami sendiri, sampai sanggup bercerai, tak fikir masa depan anak-anak!

    ReplyDelete
  11. Marahnya... huduhlah marah-marah gitu. Tapi takpe.. awak huduh ke, awak comel ke.. saya tetap takse jadi isteri awak lagi. Oh ya, banyak awak hutang nafkah dengan saya, bila nak bayar?

    ReplyDelete
  12. Heheheh.. ada orang naik hangin satu badan. Silakanlah.. naiklah angin lagi. Takde sape nak urut dah. Takde orang nak pujuk..

    ReplyDelete
  13. GUnakanlah diari yang dah berbulan-bulan tu. Tak terpakai lagi. Saya tak takut sebab saya berani kerana benar. Memang saya pernah ada perasaan dengan lelaki sesoleh dia. Tapi takkan saya nak bercerai ngan awak, kerja, cari makan dan tanggung hidup dia? kelakarlah awak ni..hehehehehee

    ReplyDelete
  14. Awak tak layak dapat nafkah, sendiri mau ingat la, tak ngaji hukum ke!

    Lah, siapa yang marah dan hangin pula. Kita lihat saja nanti, bila sudah terdedah. Baru awak tahu, langit tinggi rendah. Suka la banyak-banyak, nanti tahulah ya.

    Moga bersihkan hati, jangan banyak buat anggapan, sebagaiman yang dipesan sokmo!

    ReplyDelete
  15. Hai, yang lapan tahun sebelum lari tu, banyak sangat awak berhutang nafkah dengan saya. Bila nak bayar? Hutang ma saya, bila nak bayar?

    ReplyDelete
  16. 8 tahun .. kelakar, kelakar! yang awak makan hari-hari tu apa. Jangan nak buat cerita pula.

    Hutang ma, hmm .. siapa ya yang nak berhutang sebenarnya. Padahal aku tak pernah nak minta berhutang. Awak yang beria-ria suruh aku terima jasa baik ma tu. Jangan nak ungkit la pahala-pahala yang dibuat. Hutang tetap dibayar selagi ada hayat!

    ReplyDelete
  17. Hutang tiap2 bulanla... munafiq memang tak ngaku.

    ReplyDelete
  18. Hmm .. check diri sendiri, siapa yang lebih munafik! Tulisanmu, kerjamu, amalmu yang dibuat selama ini!

    ReplyDelete
  19. Siapa lagi.. Awaklah yang munafiq.

    ReplyDelete
  20. 'siapa yang lebih munafiq?' maknanya awak sedarlah awak ni munafiq ya? kena cari pula siapa yang lebih munafiq dari awak?...

    ReplyDelete
  21. Siapa yang tuduh orang munafik. Itulah orang kata, satu jari tuding orang, 4 jari tuding diri sendiri!

    ReplyDelete